Semuanya tentang aku

Apa-apa yang tertulis, terungkap, tersingkap.. maka carilah kebenarannya.

Friday 22 March 2024

Kembali

 Aku kembali lagi ke arena ini setelah sekian lama menyepi. Blog-blog lama pun dah deleted. Banyak yang ingin aku kongsikan tapi tak tahu bagaimana harus memulakan. Adakah aku kembali semata-mata untuk mengasah semula bakat terpendam dan minat yang telah lama ditinggalkan? Mungkin juga kerana kesenggangan masa yang tercipta, memberikan ruang kepadaku untuk mewujudkan semula segala keinginan yang belum tercapai. Baiklah. Apa kata kita berkenalan dahulu.

Aku perkenalkan diriku hanya dengan nama Rinn Azrinah. Tolong panggil aku dengan nama itu. Jangan cuba-cuba tukar dengan nama panggilan lain. Aku berasal dari Sabah dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Aku sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata, 3 orang perempuan dan seorang lelaki. Usia perkahwinanku sudah menjangkau 16 tahun. Alhamdulillah.   

Aku bekerja di dalam sektor kerajaan. Aku cuma kuli. Hari ini sudah genap 21 tahun dan 1 bulan aku berkhidmat dengan kerajaan. Alhamdulillah. Dalam tempoh itu, aku sudah berkhidmat dengan 6 jabatan yang berlainan. Lain tempat, lain kelaku. Banyak pengalaman yang aku perolehi. Kalau ada masa, nanti aku kongsikan. 

Maknanya, sudah 21 tahun dan 1 bulan jugalah aku tinggalkan kampung halaman. Separuh dari usiaku. Itulah kali pertama aku menaiki kapal terbang dan keluar meninggalkan keluarga. Terkejut. Teruja. Takut. Tapi, aku gamble sahaja. Aku bukan datang seorang diri. Ada emak, bapa dan adik bongsu yang menemani. 

Sambung nantilah. Sakit kepala. Sakit gigi. Fahamkan maksudnya.


 


Kembali

 Aku kembali lagi ke arena ini setelah sekian lama menyepi. Blog-blog lama pun dah deleted . Banyak yang ingin aku kongsikan tapi tak tahu b...